あらすじ
E-Book ini memfokuskan pedoman dan pengajaran dari peristiwa yang berkaitan bulan Syaaban pada zaman Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam iaitu pertukaran kiblat dan hadithul ifki. Kedua-dua peristiwa ini memberikan pengajaran yang cukup penting kepada ummah. Sebagaimana yang kita ketahui kiblat pertama ialah Baitul Maqdis sebelum diperintahkan Allah menghadap Kaabah. Ia merupakan ujian besar dalam pertukaran yang diperintahkan. Begitu juga ujian besar apabila munafik membuat propaganda ke atas Sayidatina Aisyah dalam hadithul ifki. Selain itu turut dimuatkan di dalam ini perbincangan mengenai Nisfu Syaaban serta persiapan menyambut Ramadan. Setiap kali tibanya bulan Syaaban, masyarakat kita seakan tidak tahu terdapatnya peristiwa besar yang pernah berlaku di zaman Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam. Akhirnya, berlalunya bulan Syaaban tanpa ada kesempatan untuk mengambil pedoman dan pengajaran dari peristiwa yang ada. Apa yang sedihnya, masih terdapat kalangan yang hanya sibuk berbalah isu furu’ dalam perkara melibatkan amalan pada malam nisfu Syaaban tanpa displin dan panduan ilmu. Sekiranya perkara ini diuruskan dengan baik, ummah pastinya memanfaatkan bulan Syabaan keseluruhan bulan sementara mengharapkan rezeki usia panjang untuk bertemu dengan Ramadan.