あらすじ
Sebuah karya ilmiah yang membuka minda dan kefahaman mengenai Islam dan Covid-19. Setakat buku ini ditulis (4 Disember 2020), jumlah kes COVID-19 yang menimpa masyarakat global ialah 64, 350, 473 dan mengakibatkan 1, 494, 668 kematian di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, Amerika Syarikat menjadi negara yang paling teruk terjejas dan diikuti dengan India dan Brazil. Malaysia walau bagaimanapun, berada pada kedudukan ke 82 negara yang paling teruk terjejas di peringkat global dan ke 29 di peringkat Asia. Setakat 4 Disember 2020, Malaysia mencatatkan 70, 236 kes positif COVID-19 dengan 376 kematian. Sebagai sebuah negara yang dihuni oleh majoriti masyarakat Muslim, pandemik COVID-19 ini telah memberikan kesan yang ketara kepada pola aktiviti masyarakat Muslim sama ada aktiviti ibadah mahupun muamalat. Justeru, penulis di dalam buku kecil ini telah menghuraikan dengan serba ringkas perkara-perkara berikut: Bab 1: Latar belakang taun, wabak dan COVID-19 Bab 2: Taun yang pernah melanda dunia Bab 3: Taun dan perkaitannya dengan kesyahidan Bab 4: Taun dan adab seorang Muslim dalam menghadapinya Bab 5: Hukum hakam berkaitan dengan COVID-19