Buku Kawalan Kualiti ini telah dihasilkan dengan mencakupi bab-bab asas yang terdapat dalam Kawalan Kualiti. Antaranya ialah Asas Statistik, Asas Konsep Kualiti, Carta Kawalan Pembolehubah, Carta Kawalan Atribut, Pensampelan Penerimaan, Kos Kualiti, Teknik Peningkatan Kualiti dan Siri ISO 9000. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi para pelajar yang mengambil kursus Kawalan Kualiti di Politeknik ataupun di Institusi Pengajian Tinggi yang lain kerana bilangan buku rujukan yang terdapat dalam Bahasa Malayu adalah terhad.